Monday, November 24, 2008
Hijrah Vs Nostalgia...
Hijrah adalah satu kemestian. Setelah berhijrah barulah kita dapat menilai betapa bertuahnya mereka yang masih mempunyai kampung halaman, mempunyai rumah pusaka dan tepian pantai yang masih setia untuk dikunjungi. Ketika duduk duduk disana, kita tidak akan terasa kehilangan segala kenangan dan nostalgia yang begitu berharga.. Hijrah membawa kedewasaan yang begitu mematangkan pertimbangan dan sifat diri kita.
SK.Penampang & Destinasiku
Sekolah ini dibuka pada tahun 2003 dengan nama asalnya SK.Dimpokuan, sebelum bertukar kepada SK.Penampang pada tahun 2007. Anak sulung saya memulakan persekolahan rendahnya di sekolah ini dan merupakan antara murid yang terawal di sekolah ini. Kini SK.Penampang telah berusia 6 tahun dan saya banyak menyaksikan pembangunan sekolah ini. Rumah saya hanya terletak lebihkurang 1.5 KM daripada sekolah ini dan pada sesi 2007/2008,saya telah dipilih menjadi Yang Dipertua PIBG sekolah ini. Atas sikap dedikasi kepada pembangunan anak bangsa, saya ingin komited untuk sama-sama menyumbang idea dan tenaga dalam pembangunan sekolah ini. Meskipun ini bukan kampung halaman saya tetapi untuk 10 atau 20 tahun akan datang sejarah hidup saya belum pasti dimana destinasinya, jadi adalah lebih baik saya singgah berdedikasi disini. sekali sekala saya teringat zaman sekolah rendah 25 tahun yang lalu, waktu itu sungguh daif..kerusi pun kerusi hanya bangku panjang yang dikongsi dua orang untuk satu bangku...
Tuesday, November 11, 2008
Suatu Ketika November 1990
Saya langsung tidak menduga bahawa perjalanan November 1990 merupakan satu ucapan selamat tinggal kepada kampung halaman yang sekian lama banyak memberi cerita suka duka dalam hidup saya. Niat asal perjalanan hanyalah untuk mengembara seketika bagi mencari ilmu dan kehidupan, tetapi kini setelah 18 tahun saya masih tidak berjaya untuk pulang menunaikan janji yang ditinggalkan.
Wednesday, November 5, 2008
Sungai Rampayan
Sungai ini membahagikan kampung Rampayan kepada dua bahagian iaitu Rampayan Laut dan Rampayan Ulu. Tapi Rampayan ini bukan di kuala Penyu. Ini sebuah kampung di Kota Belud.saya mula sampai di sini pada tahun 1995. Pantai di Rampayan ini cantik dan bila berada di sini saya teringat pantai Tambailik .
Sunday, October 19, 2008
Tambailik
SRK St.Joseph Kabunau
Sekolahku syurgaku. Saya menuntut di sekolah ini pada tahun 1985.Sekolah ini hanya kecil saja dan dengan bilangan murid yang sedikit.Tetapi disini saya cukup mendapat banyak kenangan dan pengalaman suka duka.Kepada rakan-rakan yang pernah sama-sama belajar di sini, walaupun telah lebih 20 tahun kita terpisah namun semua kenangan suka duka tetap dalam ingatan. Jika dulu saya seorang murid yang nakal, maafkan saya. Juga kepada semua guru, maafkan saya.
Thursday, October 16, 2008
Daerah Yang Indah...
Kuala Penyu sebuah daerah yang sangat indah. Sepanjang merantau belasan tahun, saya belum terjumpa tempat yang secantik daerah K.Penyu. Tanah yang sumber dan persekitaran yang indah, sungguh mengkagum dan mendamaikan. Di sebelah barat terbentang luas Laut Cina Selatan dengan pesisir pantai yang bersih dengan pasir yang memutih. Di sebelah barat terbentang indah sayup mata memandang lembangan 'selaud' yang yang berlatarbelakangkan Banjaran Crocker yang membiru gagah. Begitulah, sungguh indah sekali..
Subscribe to:
Comments (Atom)